KEPAKARAN KAMI :
PERAKAUNAN PERCUKAIAN

PENGENALAN

SYAFIQ SUHAIMI & CO (NF 1623) ditubuhkan dan berdaftar di bawah Institut Akauntan Malaysia (MIA) pada September 2017. Firma ini terletak di Muadzam Shah, Pahang dan mempunyai sebuah cawangan di Kuantan, Pahang dan cawangan baru kami bermula pada tahun 2024 di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Syafiq Suhaimi & Co diterajui oleh Encik Muhammad Syafiq Asyraf Bin Suhaimi sebagai Pengurus firma dengan kekuatan kakitangan seramai 20 orang daripada pelbagai Jabatan.

Syafiq Suhaimi & Co adalah sebuah firma Akauntan Bertauliah yang menawarkan perkhidmatan Perakaunan, Setiausaha Syarikat, dan percukaian khususnya cukai individu.

MISI

  1. Akauntan Bertauliah bumiputera yang dikenali di Pahang dan seluruh Malaysia
  2. Mendalami dan menjiwai setiap perniagaan pelanggan ke tahap yang optimum selaras dengan slogan kami “Bisnes anda, Bisnes kami”
  3. Memberi kefahaman dan kepentingan ilmu pengurusan perniagaan kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS).
  4. Membantu memajukan dan meningkatkan kualiti peniaga kecil dan sederhana (PKS) untuk kekal relevan.
  5. Meningkatkan nilai, semangat dan kepercayaan dalam kalangan ahli firma

VISI

  1. Menjadi firma Akauntan Bertauliah terulung yang dikenali di Pahang dan seluruh Malaysia menjelang 2025.
  2. Memberi kesedaran kepada peniaga kecil dan sederhana tentang pengurusan kewangan perniagaan

"YOUR BUSINESS IS OUR BUSINESS"

PERKHIDMATAN

PERAKAUNAN

Khidmat penyediaan Laporan Kewangan bagi syarikat Sdn Bhd dan Enterprise dan nasihat berkenaan kewangan dan perakaunan

PERCUKAIAN

Khidmat nasihat berkenaan percukaian khususnya cukai individu kepada peniaga

SETIAUSAHA SYARIKAT

Perkhidmatan penubuhan syarikat Sdn Bhd dan berperanan sebagai Setiausaha Syarikat yang memberi khidmat nasihat berkenaan pematuhan berkanun di bawah Akta Syarikat 2016

PENAKSIR SAH ZAKAT

Perkhidmatan menaksir zakat pendapatan dan perniagaan dan wakil penyerah zakat kepada Pusat Kutipan Zakat

NILAI

Kualiti

Kerjasama

Membangun Bersama

Perkembangan

Hormat

KLIEN KORPORAT

Perkhidmatan sejak tahun 2013 telah mewujudkan jalinan ukhwah bersama klien dari pelbagai latar
belakang perniagaan yang berbeza

0 +
Tahun Pengalaman
0 +
Syarikat Didaftarkan
0 +
Akaun Diuruskan

AKTIVITI PEJABAT